The Alien Multazam Yazid: 2013

Sunday, 3 November 2013

HULUBALANG

TOKOH SENI SILAT SENDENG MALAYSIA

PENGENALAN




Seni Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.
Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat Melayu yang asli seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjata seperti keris, tumbuk lada , tekpi ,pedang , pedang–perisai dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau , pecah(kata) ,pernafasan lean dan pukul selain dari tangkapan dan kuncian.
Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan Sendeng 7 Hari lebih menumpukan kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan.
Pada 13hb Julai 2009 bertempat di Ledang, Johor, perguruan silat ini telah diistyharkan oleh YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, sebagai silat rasmi negeri Johor
PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA :
Nama Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.
Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -
SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.
SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.
SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang berposisi mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun rohaniah. Dari segi istilah perkataan 'Sendeng' terdiri dari dua sukukata yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG'.
'SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.
'DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.
Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.
Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup".


1) Seni / Art
Ianya mengandungi erti dan falsafah yang tersendiri. ‘Seni’ membawa erti kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun rapi ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakkan jasmani.
2) Silat
Bererti ketangkasan pergerakkan jasmani ketika mempertahankan diri atau menyerang sama ada dengan tangan kosong atau bersenjata.
3) Sendeng
Merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang dengan berposisikan mengiring atau menyendeng.

Pengertian dan Falsafah Sendeng Amat luas dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah. Sendeng dari segi ilmiahnya ialah gabungan dua sukukata perkataan yang dicantumkan iaitu ‘Sen’ dari perkataan ‘Senggam’ yang bermaksud kukuh, kuat dan rapi. Manakala ‘Deng’ berasal dari perkataan ‘Dinding’ bererti tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Maka apabila dicantumkan ia membawa erti maksud ‘kedudukan atau tempat perlindungan yang kukuh dan selamat.’

Rangkai kata - ‘SENI SILAT SENDENG’
Pemakaian rangkai kata ‘SENI SILAT SENDENG’ yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajaran yang terkandung didalamnya.

Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajaran ini ialah SENDENG, kerana setiap pergerakan dan penggayaan yang di aksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secarang menyendeng atau miring. Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan ‘SENI SILAT SENDENG’. Berbentuk bulat dan ditengah-tengahnya terdapat sebilah keris bersarung dan diapit dengan pelbagai jenis peralatan silat yang digrafikkan secara simbolik dan simitrikal serta dikelilingi dengan rangkai kata ‘Seni Silat Sendeng Malaysia’ berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna hitam. Putih bererti KESUCIAN dan Hitam bermaksud KEASLIAN.
Cogankata / Motto SENDENG :
 PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA.





Allahyarham Haji Abdul Hamid Haji Hamzah
Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah atau juga dikenali dengan nama Hamid Jah atau Hamid Rimau merupakan pengasas utama perguruan Seni Silat Sendeng. Beliau merupakan anak ke 3 dari 13 orang adik beradik. Beliau mempelajari dan mewarisi ilmu kependekaran dari kedua orang nindanya yang juga sangat terbilang dalam jagat persilatan iaitu Haji Hassan bin Haji Mahat dan juga Haji Taman Dagang.
Haji Hamid Hamzah merupakan induk utama yang aktif dibangunkan dan menyebarkan pengetahuan Seni Silat Sendeng , yang diwarisi daripada orang tua besar beliau adalah pahlawan-pahlawan yang terkenal pada abad ke- 20 awal.


Nama Haji Hamid Hamzah begitu terkenal di kalangan masyarakat di zamannya. Meskipun ramai yang mengenali beliau sebagai seorang yang tegas dan digeruni, anak murid beliau yang benar-benar mengenali peribadinya, sangat mengasihi beliau. Menurut cerita Haji Jamaluddin Shahadan, Haji Hamid sebenarnya seorang yang penyayang. Beliau ada cara berguraunya yang tersendiri, mengundang senyuman siapa saja yang mendengarnya. Tentu saja, jarang ada yang berani ketawa bila bersama tokoh yang sangat disegani ini.
 Komitmennya sebagai seorang guru silat tidak menghalang beliau dari menceburi bidang lain. Haji Hamid begitu dikenali dengan kepandaiannya memasak. Antara masakannya yang cukup dikenali ialah nasi briyani. Jarang sekali masakan beliau tidak habis dimakan oleh tetamu bila beliau memasak untuk majlis kenduri kendara.

 Di samping itu, Haji Abdul Hamid juga merupakan seorang yang sangat menitikberatkan aspek agama dalam kehidupan. Keilmuannya yang tinggi  terserlah melalui keperibadiannya. Beliau tidak banyak bercakap melainkan yang perlu sahaja. Beliau dipernah dilantik menjadi  Imam Masjid Jamik Bukit Kangkar serta Ketua Kampung Bukit Kangkar, Muar.



Beliau mula belajar seni sejak dia berusia lima tahun ( 1932) di bawah bimbingan datuknya sendiri , Haji Hassan bin Mahat yang lebih dikenali di zamannya sebagai Haji Hassan Pendekar , seorang lelaki yang mahir dalam rahmat dan bermain senjata seperti Tepak (pedang ), keris , tekpi ( sai ), tumbuk Lada, tembong (tiang ), Tuas, tongkat (kayu) dan kerambit .

Sepuluh tahun kemudian, beliau belajar dari dua yang lain yang terkenal besar orang tua, Tamam Dagang ( Pendekar yang terkenal dengan kekebalan dan kekuatan ) yang daripadanya dia belajar pukulan atau buah Sendeng dan Haji Mohd Ariff bin Shamsu daripadanya dia ditapis pengetahuan beliau Pukulan Tujuh Hari.
Kedua-dua orang tua belajar dari Pendekar terkenal , Long Mamat , pengasas Pukulan Sendeng , yang tinggal di Padang, Muar , Johor Darul Takzim .
Untuk mendalami ilmu agama dan kerohanian , beliau belajar daripada Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim, yang lebih dikenali sebagai Kiai Salleh atau Panglima Salleh Batu Pahat.
Pada mulanya , Haji Hamid Hamzah mula menyebarkan Sendeng individu pada tahun 1950 tetapi kemudiannya dinamakan sebagai Silat Sendeng Muar. 58 tahun hidupnya , beliau telah berdedikasi untuk pembangunan, penyebaran dan kesinambungan seni. Pada 19 Mei 1990, beliau meninggal dunia pada usia 63.

Kelulusan Haji Hamid Hamzah adalah satu kehilangan besar kepada Sendeng secara keseluruhannya. Perjuangan , pengorbanan dan perkhidmatan beliau dalam nama Seni Silat Sendeng telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan sayapnya ke beberapa buah negeri di Malaysia. Banyak cabaran yang sukar dipenuhi dengan keberanian yang sama. Kekuatannya mendorong usaha dan kematiannya mengancam untuk menamatkan segala-galanya.

Tetapi sebelum bara boleh berkembang sejuk , obor itu berupaya dibawa oleh adiknya , Haji Ismail bin Haji Hamzah yang mengambil alih pemerintahan sebagai Guru Utama. Sebagai adik-beradik kepada pengasas yang juga dibesarkan dalam keluarga pahlawan , tugas untuk meneruskan tradisi itu dengan baik.


Beliau mula mendapat pendidikan awal ilmu persilatan pada tahun 1932. Ketika itu usia saja mencecah 5 tahun. Gurunya ialah ninda beliau sendiri iaitu Haji Hassan Mahat iaitu seorang guru yang ternama dalam permainan asli Kuntau Melaka atau Kuntau Telak Mas. Beliau berguru dengan Haji Hassan Mahat selama 10 tahun iaitu sehingga Haji Hassan berpuas hati dan mendapati beliau telah benar-benar mahir dan masak . Pembelajarannya tidak hanya merangkumi ilmu pertempuran tangan kosong, bahkan juga beliau turut diajar kaedah bermain senjata. Antara senjata yang dipelajarinya dari nindanya ini ialah keris, pedang, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit. Selain itu beliau turut diajar permainan belebat, buah tangkap, kuntau dan banyak lagi permainan seni, tari dan pukulan.
Setelah itu Haji Hamid berguru pula dengan nindanya di sebelah ibu iaitu Taman Dagang yang begitu dikenali gagah dan perkasa. Beliau diajarkan ilmu sendeng yang asli merangkumi berbagai-bagai permainan antaranya ialah ilmu pukul dan lapis Sendeng.  Keperitan belajar dengan Taman Dagang begitu terasa kerana nindanya itu sungguh tegas dalam menyampaikan pelajaran. Setiap belebat diajar dan diasuh selama 6 bulan. Namun semua itu tidak sedikit pun melemahkan minat beliau, bahkan segalanya ditempuhi dengan tabah tanpa sebarang rungutan. Ketika itu, beliau belajar dari Taman Dagang secara bersendirian. Berkat ketabahan dan kegigihan, beliau akhirnya berjaya menguasai ilmu sendeng secara menyeluruh

Haji Abdul Hamid (tengah)

Seterusnya, beliau mendalami pula ilmu Pukulan 7 Hari dari Haji Mohd Arif Shamsu (Shamsudin). Haji Hamid kemudiannya diuji oleh Haji Mohd Arif Shamsu dengan serangan dari belakang pintu. Kejayaannya mengatasi serangan itu memuaskan hati gurunya dan beliau diiktiraf layak menjadi guru.

Setelah melengkapkan diri dengan ilmu persilatan, beliau menemui pula Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim yang juga dikenali dengan nama Kiyai Salleh atau Panglima Salleh bagi menuntut ilmu agama dan kerohanian. Sebelum diterima menjadi murid, Haji Hamid telah diuji terlebih dahulu dengan disuruh mengerjakan kebun selama 6 bulan. Hanya selepas tempoh 6 bulan tamat, barulah Kiyai Salleh bertanyakan nama Haji Hamid seterusnya diterima belajar. Selama 3 tahun (1946-1949) Haji Abdul Hamid tinggal bersama Panglima Salleh dan berguru ilmu agama dan kebatinan dari beliau. Sebelum dikhatamkan, Haji Abdul Hamid diuji akan pemahaman tauhidnya dengan disuruh beramal di dalam sebuah gua di sebuah bukit di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Haji Abdul Hamid pantas memahami maksud gurunya itu dan menolaknya dengan baik. Beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik baginya untuk beramal di dalam masjid. Gurunya gembira dengan jawapan itu dan memutuskan bahawa Haji Abdul Hamid telah layak dikhatamkan.

Selain dari guru-guru tersebut, Haji Abdul Hamid juga dikatakan turut berguru dengan;
1.       Kiyai Mustahir ,Pagoh.
2.       Panglima Lias ,Pagoh.
3.       Haji Mohd Lip Bedu (Ilmu Tauhid)
4.       Haji Abdul Ghani, Jalan Daud , Muar
5.       Dato Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor)
6.       Ustaz Sulaiman Sujak
7.       Ustaz Ahmad Tunggal, Parit Sakai, Muar.



Allahyarham Haji Abdul Hamid Haji Hamzah Bin Haji Hassan Pendekar
Bergambar Dengan Isteri Ketika Pengurniaan Pingat Pangkuan Negara [PPN]
Oleh DYMM SPB YDP Agung Di Istana Negara

Haji Abdul Hamid mula mengajar dan mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini sekitar tahun 1950-an. Ketika itu beliau telah pun ‘masak’ dalam ilmu kependekaran dan mendapat izin dan tauliah dari guru-gurunya. Beliau mula mengembangkan sendeng di bawah nama ‘Silat Sendeng Muar’ dan kemudiannya ditukar kepada Seni Silat Sendeng Malaysia.
Perjalanan hidup sebagai guru silat tentu saja tidak mudah. Pelbagai cabaran dan pahit getir terpaksa dilalui. Sudah menjadi asam garam guru silat masa dahulu, tentu saja ada yang mencabar dan menyudi. Namun ia bukan sahaja gagal menjatuhkan beliau, malah namanya kian harum dan disanjung tinggi.
Atas usaha gigih beliau bersama anak-anak muridnya, akhirnya perguruan ini kian tersebar ke seluruh Negara terutamanya Negeri Johor, Negeri Pahang, Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lain-lain.
Antara anak murid beliau yang dikenali ialah:
1. Haji Ismail bin Haji Saidin @ Tok Sidang
2. Haji Jamaluddin bin Shahadan @ Cikgu Jamal
3. Ahmad Nazari bin Haji Abdul Hamid @ Cikgu Atan (Anak Haji Hamid)
4. Haji Rosmani bin Abd Samad.



CABARAN 
Haji Abdul Hamid Hamzah Menentang Komunis

Era pemerintahan komunis tentunya meninggalkan parut kekal dalam hati setiap orang yang pernah melaluinya. Kekejaman bermaharaja lela. Setiap hari ada sahaja insan yang menjadi mangsa. Pelbagai alasan direka bagi menyokong tindakan kejam mereka. Ada diantaranya yang diculik serta dilarikan ke dalam hutan dan sehingga ke hari ini tidak pernah kembali lagi. Hati siapakah tidak terluka bila kian hari semakin ramai orang yang hilang dilarikan komunis. Namun tidak ramai yang berani melakukan apa-apa kerana bimbang diapa-apakan. Ada ibu dan ayah yang terpaksa melihat saja anak tersayang diheret ke dalam hutan dan tak kurang juga anak-anak yang menjadi yatim dek kerana perbuatan komunis durjana.
Cerita itu kemudiannya sampai ke telinga Haji Abdul Hamid Hamzah. Kesabaran beliau akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila seorang penduduk bernama Alang Hamid diculik dan dilarikan ke dalam hutan. Tidak tahu khabar entah hidup entahkan mati. Sebagai seorang pahlawan Melayu yang sejati, Haji Abdul Hamid memang tidak pernah mengenal erti gentar. Dilihatnya komunis semakin lama semakin kecil. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bertindak seorang diri. Berbekalkan ilmu kepahlawanan yang penuh di dada, ketua komunis yang bermarkas di Sekolah Kebangsaan Cina Pei Wha itu akhirnya telah dibunuh.Rentetan dari peristiwa itu, kumpulan pengganas komunis mula menjadi kucar kacir, ketakutan dan akhirnya tidak lagi berpengkalan di sekolah tersebut

.Menurut Ahmad Nazari Hj Abdul Hamid (Cikgu Atan), ayahandanya itu penah berjuang bersama-sama dengan pahlawan lagenda Kiyai Salleh, Pawang Satam, dan Pawang Lipah untuk menentang komunis. Senjata yang digunakan oleh mereka hanyalah parang panjang dan buluh runcing sedangkan pihak musuh berbekalkan senjata api. Namun dengan izin Allah S.W.T, ramai anggota komunis dapat dibunuh termasuklah salah seorang ketuanya yang bernama Ah Sok dari Bukit Kangkar. Setelah 3 malam berturut-turut mereka melakukan serang hendap, akhirnya ketua kumpulan itu, Mat Indera terpaksa berundur. Di pihak pahlawan Melayu, tiada seorang pun yang gugur.


RUMUSAN


Seni bela diri merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang dikalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.


Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang samaada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Brunei.

Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang adapada masa ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang keseluruh dunia.

Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong. Di antara jenis-jenis seni bela diri yang ada adalah seperti berikut:
  • Aikido
  • Capoeira
  • Gulat
  • Hapkido
  • Jiu Jitsu
  • Judo
  • Kalaripayat
  • Karate
  • Kendo
  • Kung fu
  • Silambam
  • Silat
  • Taekwondo
  • Tomoi
  • Wing Tsun
  • Wun-hup-kuen-do
  • Wushu

     

RUJUKAN




Everything You Need To Know About Self Defense Moves!

PRODUCT




OPEN FOR ORDER NOW
RM30 (excluded postage)
XS | S | M | L | XL | XXL
Make your order now!
Contact or PM #facebook : Multazam Yazid
BAJU R4BIA pray for egypt
100% Gildan Premium Cotton
Postage RM10




isi selepas buat bayaran berserta gamba resit
num untuk bankin boleh PM multazam yazid

NAME: 
ADRESS:
NO PHONE:
ITEM ORDER:
SIZE: 
KUANTITI: 
BANK BANKED-IN: 
TOTAL BANKED-IN:
DATE/TIME BANKED-IN: